Powered by Blogger.

[Khas Hari Guru] Murabbi Wa Erai

Sempena 16 Mei ini, saya teringat sebuah artikel di blog lama. Eloklah dipost semula demi tatapan pembaca di sini... ^^ 

-------------------------------------------------------------


Saya mendapat idea untuk menulis artikel ini selepas menonton sebuah drama Jepun yang bertajuk "Sensei Wa Erai" ataupun yang bermaksud "Teachers are Awesome!"

"Hikmah itu barang berharga orang Mukmin yang hilang, di mana sahaja dia menemuinya maka dialah yang lebih berhak terhadapnya." (HR At Tirmidzi dan Ibnu Majah)

"Dia (Allah) mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang diberi hikmah, maka sesungguhnya dia telah memperoleh kebaikan yang amat besar."(Al Baqarah 2:269)

-------------------------------------------------------------

Sensei Wa Erai

 


Drama sejam setengah ini mengisahkan 3 orang pelajar lelaki di sebuah "Public Junior High School" iaitu Matsuki Souta, Umeno Wataru dan Takekura Rin. Cerita bermula apabila mereka mendapati guru kelas mereka, Uzaki Kenya adalah seorang yang menjengkelkan sehingga digelar sebagai Uza-ken ("annoying").

Setelah berjumpa dengan kawan lama Souta, iaitu Guunjou Hayato yang kini belajar di sebuah sekolah swasta dan menceritakan kehebatan guru-guru di situ, mereka bertiga berazam untuk mengubah guru kelas mereka menjadi lebih hebat lagi. Mereka berjumpa dengan guru mereka dan memintanya berubah menjadi lebih baik. Tetapi guru mereka menjawab;


"If you think I'm not a good teacher, then change me into a good teacher!"

Dipendekkan cerita, mereka mula merasakan perubahan-perubahan. Souta mula rasa faham pelajaran Bahasa Inggeris yang diajarkan oleh Uza-ken dan mendapat 20% markah (sebelum itu 1%). Wataru yang termotivasi oleh kata-kata Uza-ken bertekad menyertai pertandingan maraton walaupun dengan fizikal yang lemah. Rin yang susah mengeluarkan kata-kata yang terpendam di dalam hati, kini berjaya meluahkannya.

Ketika menyatakan perubahan yang berlaku kepada guru mereka, Uza-ken berkata;

"But, I haven't yet. I haven't put a single bit of effort in changing. Didn't tell you to change me? You guys should be putting in the effort, not me!"

Kemudian, guru mereka dimasukkan ke hospital di atas penyakit yang dideritainya sekian lama. Setelah itulah ketiga mereka baru menyedari bahawa yang berubah sebenarnya adalah diri mereka sendiri. Mereka sebelum itu memandang rendah Uza-ken dan menjengkelkan,Tapi kerana ingin mengubah Uza-ken mereka mula memberi perhatian ketika dia mengajar serta memerhatikan nasihat dan pandangannya.

Pengakhiran cerita ini agak sedih apabila Uza-ken meninggal disebabkan penyakitnya. 'Scene' yang agak menyentuh hati apabila Souta membawa kertas peperiksaan Bahasa Inggerisnya yang mendapat 100% di depan mayat Uza-ken.

Sebaris kata-kata Uza-ken yang saya rasa baik dinukilkan di sini;

 
"Students can't choose their teacher. Even they are able to choose their schools, they can't choose their teacher. Remember, no matter what kind of teacher you meet in the future, don't forget what you have learned."

"Teachers are Awesome!" - Semua guru adalah HEBAT!

-------------------------------------------------------------

Murabbi Wa Erai


"Setiap orang yang hebat, dia mesti mempunyai seorang Murabbi!"


Ungkapan di atas pernah diungkapkan oleh salah seorang Murabbi saya yang sampai kini masih menjadi pegangan saya. Ye la, sesiapun yang menjadi hebat dan orang terkenal di dunia ini mesti mempunyai seorang atau lebih mentor atau 'spiritual guider'nya.

 

Siapalah Uzumaki Naruto, jika tiada Iruka, Kakashi dan Jiraiya (para 'murabbi'nya) sehingga kini telah menjadi seorang 'sage'?


Cuma, kadang-kadang setelah mempunyai beberapa orang Murabbi, seseorang akan cenderung untuk membanding-bandingkan di antara mereka. Jika murabbi sekarang lebih 'hebat' daripada murabbi sebelumnya mungkin tidak menjadi persoalan, tetapi bagaimana jika sebaliknya?

Maka, di sinilah peranan 'ibrah yang dapat diambil daripada drama di atas! Kadang-kala kita terlupa bahawa setiap murabbi itu ada 'pemberat' kelebihan masing-masing. Di samping itu juga, murabbi sebagai seorang manusia mempunyai sisi-sisi manusiawi yang tidak dapat tidak akan mempengaruhi peranannya!

Mengutip kembali kata-kata seorang Akh;

"Kita tidak boleh memilih siapakah Murabbi kita, tapi kita boleh memilih siapa Mutarabbi kita."

Jika kita terasa kekurangan yang ada pada Murabbi kita sekarang, lihatlah sisi positif dan kelebihan mereka. Perhatikan hikmah-hikmah yang mereka ada dan kutiplah mutiara-mutiara pengalaman dakwah mereka.

Lalu, usahakanlah untuk menyampaikannya kepada mutarabbi-mutarabbi kita.

Akhir coretan...

Murabbi Wa Erai! Semua Murabbi HEBAT!

p/s:

- artikel ini juga ditujukan khas buat para Murabbiyah (Semua Murabiyyah pun HEBAT!)

Unknown  – (May 17, 2012 at 3:53 PM)  

wah...motivating post. nnt nk sedut muvi Sensei wa Erai >:)

Azraai Ahmad  – (May 17, 2012 at 4:19 PM)  

umair, kena donlot sendiri la. tak pasti ada tak lagi dl HD... lama dah tengok cite ni. ^^

Post a Comment

Pemberitahuan

Kandungan dalam blog ini terbuka untuk dikongsikan demi manfaat dakwah, cuma mohon disertakan bersama alamat blog.

Bagi tujuan komersial pula, hendaklah meminta izin daripada pengendali blog (azrah85@gmail.com).

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP