Powered by Blogger.

[Certarpen] Tak Main La 'Bulatan', Saya Pegi Seminar & Konferens je...

"Certarpen" ialah singkatan bagi Cerita Tarbawi Pendek... ^^




"Bang, saya bukan tak nak join 'bulatan', tapi perlu ke? Lagipun saya dah banyak baca buku-buku agama, dengar ceramah ustaz-ustaz, surfing ilmu di internet dan hadir dalam Seminar atau Konferens Islam." kata seorang Bro D dalam sebuah LDK.

Gulp! Aku menelan air liur. Iyalah, tatkala kami berdegar-degar berkongsi tentang betapa URGENT dan indahnya 'berbulatan', dengan video-video pertandingan APG yang OSEM, timbul pulak persoalan ini.


Si Abang Fasi melirik pada aku, aku melirik balik (aku bukan fasi pun, saja nak menyibuk dalam LDK tu. ^^). Pandangan mata bertemu, lalu frekuensi 'keikhwahan' terus tersalur dalam hati kami dan perbincangan ringkas berlaku dalam masa 0.5 milisaat tersebut.

Tiba-tiba, Si Abang Fasi sambil berpaling ke arah aku berkata, "Ya, Abang Bukan Fasi Tapi Nak Menyibuk Jugak (ABFTNMJ), macamana tu? Kita kan dah di zaman teknologi di hujung jari. Boleh dapatkan kefahaman Islam di internet, ceramah-ceramah di Youtube pun banyak dan boleh pula hadiri Seminar dan Konferens. Kenapa masih perlu 'berbulatan'?"

Ceh, baru aku nak suruh Si Abang Fasi yang jawab, dia dah tuju soalan dekat aku dulu. Maka, terpaksalah aku meng'goreng' di situ...

'Gorengan' Pertama:

Aku pun memulakan dengan sebuah pertanyaan, "Ok semua, kenapa budak-budak sekolah masih pergi tusyen, walaupun dah belajar banyak di sekolah?"

"Mestilah nak lagi faham pelajaran!" jawab Bro A. 

"Betul! Tapi, apa kelebihan pada tusyen hingga buatkan pelajar lebih faham?" soal aku kembali?

"Erm, sebab tusyen lebih fokus." jawab Bro B. 

"Benar! Tapi, kenapa pelajar lebih fokus dalam tusyen?" soal aku lagi.

"Macam ni bang, tusyen biasanya pelajarnya lebih sedikit berbanding kelas. Paling ramai dalam belasan orang, kelas menjangkau 30 orang. Jadi, cikgu di sekolah tak dapat nak fokus sangat semasa mengajar." jawab Bro C.

Aku tersenyum, si Abang Fasi pun tersenyum. Dia mula nampak ke mana arah tujuan 'gorengan' aku. 

Aku berkata, 

"Ok, dari jawapan-jawapan tadi, kita boleh simpulkan bahawa tusyen yang lebih sedikit jumlah pelajar sangat efektif bagi kefahaman mereka. Atau dalam kata lain, kumpulan yang kecil memudahkan cikgu mengajar, menguji kefahaman dan memantau prestasi setiap individu. Betul?"  

"Betul!" jawab mereka serentak. Bro D tadi mengangguk sambil terus memberikan perhatian.

"Gorengan" Kedua:

Aku memulakan dengan bertanya "Baiklah dalam kita memahami Islam, ada pelbagai cara. Apakah contoh-contohnya?"

"Dengar ceramah atau hadir seminar atau konferens." jawab Bro D.
"Baca buku agama" jawab Bro C.
"Surfing internet." jawab Bro B.
"Semua dah dijawab Bang. Ehh, takkk... 'Bulatan' la... hehe..." jawab Bro A sambil tersengih.

Di kala itu, Si Abang Fasi yang tak mahu ketinggalan dalam diskusi hangat itu menyampuk: 

"Kalau kita ambil analogi sekolah dengan tusyen, dikiaskan ceramah agama@seminar@konferens dengan 'bulatan', yang mana lebih efektif?"  

"Hmm, mestilah 'bulatan' Bang!" jawab Bro C. 

"Kenapa?" tanya Abang Fasi lagi. Nampaknya dia pun dah naik syeikh.... hehe... Aku pun memberi laluan untuk beliau meng'goreng' pula.

"Sebab bilangan ahli 'bulatan' tak ramai, pastu murabbi boleh fokus kot..." jawab Bro B, agak ragu-ragu. 

"Betul tu Bro B! Seperti dalam tusyen tadi, bilangan ahli 'bulatan' biasanya tidak lebih dari 10 orang. Oleh itu, murabbi boleh fokus kepada semua ahli. Semua ahli dapat dipantau kefahaman dan komitmen keislamannya." jelas Si Abang Fasi sambil tersenyum.

"Tapi abang, saya rasa kalau pergi ke Seminar atau Konferens, penceramah-penceramah biasanya orang-orang hebat dan sangat menggugah perasaan kita untuk komited dengan Islam. Di samping itu, kita dapat membina jaringan dengan orang-orang Islam di seluruh negara dan dunia.Tak terperuk dalam 'bulatan' kecil sahaja."  Bro D kembali meluahkan pendapatnya pula.

Suasana semakin hangat, Si Abang Fasi memberikan isyarat agar aku pula yang menjawab... Ok, no problem! ^^

"Baiklah semua, memang benar apa yang dikatakan oleh Bro D. Memang Seminar dan Konferens sangat memberi kesan dalam meningkatkan kefahaman umat kepada Islam. Terutamanya yang menampilkan tokoh-tokoh Da'i, ulama' kontemporari serta para cendiakawan terbilang dari luar dan dalam negara. Kita sebenarnya sangat digalakkan agar menghadirinya lalu mengambil mutiara-mutiara yang tidak ternilai daripada tokoh-tokoh ini." aku memulakan ulasan.

Kemudian aku menambah,

Walaupun begitu, program-program seperti Seminar, Konferens atau ceramah-ceramah ini sifatnya massa, iaitu ramai orang yang hadir, persoalannya adakah penceramah dapat memastikan setiap hadirin dapat memahami seperti yang dikehendakinya? Adakah penceramah dapat menemui satu per satu hadirin dan bertanya jika punyai persoalan atau permasalahan? Adakah penceramah dapat memantau setiap hadirin agar telah beramal dengan ilmu yang dibincangkan sebelum ini? Adakah penceramah dapat menyusun setiap hadirin agar berperanan secara aktif dalam amal Islami?"

"Maka, sudah pastilah jawapannya tidak mampu... walau sehebat manapun penceramah tersebut! Sedangkan di dalam 'bulatan' yang kecil itu, semua ahli dapat bertanya, memberikan pendapat, meyatakan masalah dan memberikan solusi. Kemudian, murabbi mereka memandu perbincangan secara objektif, menjelaskan jika ada kegalauan, menyelesaikan jika ada isu-isu, mengarahkan output amali perbincangan serta memantau pernjalanan komitmen setiap ahli. Bukankah lebih efektif jika 'berbulatan'?"  aku mengakhiri hujah.

Bro D mengangguk-aguk, nampaknya dia mula jelas. Bro A, B dan C juga membuat muka bersungguh-sungguh...

Si Abang Fasi pula tersenyum simpul... ^^ Kemudian, beliau menambah,

"Satu lagi, biasanya program-program besar ni sifatnya setahun sekali atau dua tiga bulan sekali, tidak menentu. Sedangkan 'bulatan' pula diadakan secara berkala, idealnya setiap minggu. Cuba kita bayangkan kita dah pergi Seminar, Konferens dan ceramah-ceramah yang penuh manfaat, kemudian kita hadiri juga 'bulatan'... bukankah kita dapat manfaat yang melimpah-limpah lagi?  

"Betul...betul...betul!!" jawab Bro D. Kami semua semua tertawa bersama-sama. 

Alhamdulillah. Tamat.

Isu ini mungkin kecil di ^^ anda, tapi sangat besar bagi si Dia...

p/s:-

1. 'Bulatan' = halaqah, usrah, liqa' tarbawi, study circle dsb.
2. Certarpen ini adalah rekaan, walaupun mungkin ada sedikit situasi yang hampir sama. 
3. Idea adalah inspirasi dari MUDAH '12.

Pemimpi Tegar  – (May 29, 2012 at 1:17 PM)  

Salam ziarah akhil kareem. Rindu nak berkoferense dengan enta. huhu.

Penjelasan yang menarik. Teruskan update yah!

Post a Comment

Pemberitahuan

Kandungan dalam blog ini terbuka untuk dikongsikan demi manfaat dakwah, cuma mohon disertakan bersama alamat blog.

Bagi tujuan komersial pula, hendaklah meminta izin daripada pengendali blog (azrah85@gmail.com).

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP