Powered by Blogger.

[ Isu-isu Mutarabbi ] Intima' Syaksi

Dalam mentarbiyah mutarabbi, seorang murabbi akan bertemu pelbagai isu yang perlu diberi perhatian dan ditangani. 

Isu-isu tersebut mungkin awalnya kelihatan biasa-biasa sahaja. Namun seiring berlalunya masa dalam dakwah, jika isu-isu ini terus dibiarkan, mungkin akan menimbulkan pelbagai kesan buruk terhadap mutarabbi secara individu mahupun gerakan secara kolektif.

Isu pertama yang akan kita bincangkan ialah taksub individu, atau lebih dikenali sebagai Intima' Syaksi.

-------------------------------------------------

Pengenalan:
  • Tarbiyah secara prinsipnya adalah berusaha untuk mengukuhkan hubungan mutarabbi dengan Allah SWT. (Paling kukuh: hablumminallah). Oleh itu, hendaklah dihindarkan sikap terlalu mengagung-agungkan murabbi atau peribadi tertentu. Ini kerana manusia dapat saja berubah keadaannya.
  • Aspek negatif yang akan timbul daripada sikap ini adalah berubahnya mutarabbi apabila individu yang diagungkan itu berubah atau sudah tiada.

Tanda-tanda:
  • Tidak dapat bersabar dan kecewa apabila terpaksa berpisah dengan individu yang diidolakan itu.
  • Sering memetik kata-kata atau ucapan individu tersebut untuk setiap isu.
  • Jika terdapat kekeliruan dalam pendapat individu itu, sering mentafsirkannya seolah-olah bukan kekeliruan.
  • Terlalu bersemangat mengikut perilaku individu tersebut, walaupun dalam perkara yang salah atau keliru.
  • Berusaha membela kesalahan individu itu di hadapan orang lain, walaupun ternyata kesalahan itu di pihaknya.
  • Menjauhi Jemaah apabila idolanya itu menjauhi Jemaah. 
Latarbelakang:
  • Wujudnya kehebatan yang menonjol pada diri individu tersebut seperti ketinggian ilmu, akhlak, kekayaan, kerjaya, kehebatan dalam penyampaian, ketampanan atau sebagainya.
  • Hubungan awal dengan mutarabbi tidak terbangun atas dasar kesamaan fikrah, tapi melebihkan kepada hubungan personal dan emosi.
  • Sering berlaku interaksi yang tidak bermanfaat antara keduanya, semata-mata kerana adanya keserasian watak dan peribadi.
  • Mutarabbi kurang cukup waktu untuk membangunkan asas keimanan dirinya (Lemahnya Tarbiyah Imaniyah).
  • Kurang fokus terhadap masalah Cinta. (Batas cinta terhadap makhluk dan cinta Allah).
  • Salah dalam proses pembentukan mutarabbi sejak awal, iaitu terlalu berorientasikan individu.
  • Murabbi kurang perhatikan kesalahan-kesalahan hubungannya dengan mutarabbi.
  • Keperibadian murabbi terlalu kuat hingga mutarabbi begitu bergantung kepadanya.
Cadangan Penyelesaian:
  • Ketika awal Tarbiyah: Fokus kepada pengenalan nilai-nilai yang fahamkan makna hablumminallah dan Al-Hubb lillahi wabillahi. 
  • Tanamkan dengan kukuh prinsip keimanan pada mutarabbi, khususnya erti syirik dan cinta kepada Allah.
  • Temukan dengan murabbi dan tokoh-tokoh lain yang juga hebat dan mantap.
  • Tegur dan ingatkan secara langsung kepada mutarabbi yang tertimpa masalah ini. Jangan biarkan ia berterusan. (Mutarabbi milik Dakwah, bukan milik Murabbi)
  • Bincangkan permasalahan ini secara umum (forum atau diskusi) yang dihadiri oleh mutarabbi, murabbi dan tokoh-tokoh dakwah lain.
  • Jauhi sikap terlalu emosional dan sentimental dalam proses takwin mutarabbi. (Seimbangkan peranan Walid, Syeikh, Qaid & Ustaz).

-------------------------------------------------

Begitulah sedikit sebanyak analisa dan solusi yang dapat saya kongsikan untuk isu Intima' Syaksi ini. Rujukan saya bagi topik ini adalah buku Halaqah Menjawab Masalah (Musykilat wal Hulul fi Haqli ad-Dirasat) oleh Ustaz Abdul Hamid al-Bilali.

Wallahu a'lam. Moga bermanfaat.

Post a Comment

Pemberitahuan

Kandungan dalam blog ini terbuka untuk dikongsikan demi manfaat dakwah, cuma mohon disertakan bersama alamat blog.

Bagi tujuan komersial pula, hendaklah meminta izin daripada pengendali blog (azrah85@gmail.com).

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP